Pengenalan
Tujuan kewujudan sistem ini untuk memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik di samping mempunyai
personaliti, sahsiah dan kemahiran insaniah yang tinggi. Oleh yang demikian pelajar diletakkan di bawah bimbingan
Penasihat Akademik (PA) daripada kalangan pensyarah di sepanjang pengajiannya. PA berperanan membantu
pelajar meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapai tujuan tersebut.
Objektif
1. Membimbing pelajar dalam merancang pengajian dan aktiviti ke arah meningkatkan pencapaian akademik dan potensi individu.
2. Melatih pelajar mendapatkan kemahiran dan merangka strategi pembelajaran untuk mencapai matlamat diri.
3. Memberi nasihat dan pendedahan mengenai laluan kerjaya.
Peranan Dan Tanggungjawab PA
Mengemaskini dokumen/rekod Penasihatan Akademik secara bercetak atau secara atas talian.