MATRIKULASI KPM / ASASI SAINS UM /ASASI UITM

matriculation

 

DIPLOMA/SETARAF

diploma1

diploma2

 STPM

stpm

 

SYARAT KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA SEPARA MASA UTEM

LEPASAN DIPLOMA / SETARAF

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau Kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah (SPM 2013 dan ke atas) dalam peperiksaan SPM; 

atau

Bagi CALON yang TIDAK mendapat kepujian dalam matapelajaran Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia di peringkat SPM:

MESTI lulus dengan KEPUJIAN dalam mata pelajaran tersebut sebelum bergraduat.

dan

Memiliki kelulusan Diploma atau kelulusan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat Universiti;

dan

Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan Gred C (NGMP 2.00) dalam tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am;

atau

Lulus peperiksaan Matrikulasi tahun 2018 atau sebelumnya dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET).

atau

Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 2 (Band 2) dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum bergraduat.